LITHIYA A/P SUKUMARAN
D20102044661
SAINS (HIDUP ATAU BUKAN HIDUP)
EKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UPSI



Sunday 4 December 2011

Rancangan Pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH                         : 25 OKTOBER 2011
MASA                             : 8.15 PAGI-9.15 PAGI
KELAS                           : 1 CENDEKIAWAN
BIL. MURID                   : 25 ORANG
MATA PELAJARAN    : SAINS
TAJUK                           : HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?

PENGENALAN
Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup. Murid-murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.

Standard:
Sains Hayat
1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup.

Standard pembelajaran:
1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan.


Sumber:
1. Kad gambar
2. Kad imbasan – benda hidup, benda bukan hidup.
3. Lembaran Kerja1 - Penilaian
4. Lembaran kerja 2 - Penilaian
5. Lembaran kerja 3 - Pemulihan
6. Lembaran kerja 4 - Pemulihan
7. Lembaran kerja 5 - Pengayaan
8. Lembaran kerja 6 - Pengayaan

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1
·         Guru membimbing murid menamakan semua benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (luar bilik darjah)
1.1  Menama dan menyenaraikan benda-benda yang terdapat di kawasan     
kajian.
            1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian mereka.
AKTIVITI 2
·         Kembali ke bilik darjah
2.1       Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup dan 2 contoh  
               gambar benda bukan hidup di dalam ruangan yang disediakan pada
             papan tulis. (Guru belum memperkenalkan/menyebut benda hidup dan benda bukan hidup)
     2.2     Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang  
                disediakan itu.Guru membimbing murid sambil menanya
i. Kenapa saya kumpulkan gambar – gambar ini?
ii. Apakah persamaan antara gambar- gambar ini?
iii. Apakah perbezaan antara gambar- gambar ini?
2.3       Murid menerangkan kenapa lakaran mereka ditempatkan di dalam ruangan tersebut. Hidup Atau Bukan Hidup?
2.4       Pembetulan/pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan.
(Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)

AKTIVITI 3
·         Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan  kad imbasan.
3.1       Murid menampal kad imbasan ke ruangan pengelasan yang telah
           dibuat.
AKTIVITI 4

·         Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup
4.1       Guru membekalkan kotak/sampul yang mengandungi gambar/model kepada kumpulan murid.
4.2       Murid mengelaskan gambar-gambar mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.
4.3       Pembentangan hasil kerja kumpulan.

Penilaian:
Menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.

Aktiviti Pemulihan:
Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaian.Murid menyiapkan lembaran kerja 3 dan 4.

Aktiviti Pengayaan:
Murid menyiapkan lembaran kerja 5 dan 6.

Contoh Benda Hidup Dan Bukan Hidup

NOTA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BENDA HIDUP
Tumbuhan dan haiwan adalah benda hidup. Benda hidup memerlukan makanan dan minuman.Tanpa makanan dan minuman benda hidup akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak dan membiak. Benda hidup juga melalui proses tumbesaran.

BENDA BUKAN HIDUP
Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami proses hidup.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. Benda bukan hidup tidak bernafas,tidak bergerak dan tidak membiak. Benda bukan hidup juga tidak melalui proses tumbesaran

Contoh : -


Latihan