RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TARIKH : 25 OKTOBER 2011
MASA : 8.15 PAGI-9.15 PAGI
KELAS : 1 CENDEKIAWAN
BIL. MURID : 25 ORANG
MATA PELAJARAN : SAINS
TAJUK : HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?
PENGENALAN
Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup. Murid-murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
Standard:
Sains Hayat
1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup.
Standard pembelajaran:
1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Sumber:
1. Kad gambar
2. Kad imbasan – benda hidup, benda bukan hidup.
3. Lembaran Kerja1 - Penilaian
4. Lembaran kerja 2 - Penilaian
5. Lembaran kerja 3 - Pemulihan
6. Lembaran kerja 4 - Pemulihan
7. Lembaran kerja 5 - Pengayaan
8. Lembaran kerja 6 - Pengayaan
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1
· Guru membimbing murid menamakan semua benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (luar bilik darjah)
1.1 Menama dan menyenaraikan benda-benda yang terdapat di kawasan
kajian.
1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian mereka.
AKTIVITI 2
· Kembali ke bilik darjah
2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup dan 2 contoh
gambar benda bukan hidup di dalam ruangan yang disediakan pada
papan tulis. (Guru belum memperkenalkan/menyebut benda hidup dan benda bukan hidup)
2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang
disediakan itu.Guru membimbing murid sambil menanya
i. Kenapa saya kumpulkan gambar – gambar ini?
ii. Apakah persamaan antara gambar- gambar ini?
iii. Apakah perbezaan antara gambar- gambar ini?
2.3 Murid menerangkan kenapa lakaran mereka ditempatkan di dalam ruangan tersebut. Hidup Atau Bukan Hidup?
2.4 Pembetulan/pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan.
(Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)
AKTIVITI 3
· Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan.
3.1 Murid menampal kad imbasan ke ruangan pengelasan yang telah
dibuat.
AKTIVITI 4
· Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup
4.1 Guru membekalkan kotak/sampul yang mengandungi gambar/model kepada kumpulan murid.
4.2 Murid mengelaskan gambar-gambar mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.
4.3 Pembentangan hasil kerja kumpulan.
Penilaian:
Menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.
Aktiviti Pemulihan:
Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaian.Murid menyiapkan lembaran kerja 3 dan 4.
Aktiviti Pengayaan:
Murid menyiapkan lembaran kerja 5 dan 6.
No comments:
Post a Comment