LITHIYA A/P SUKUMARAN
D20102044661
SAINS (HIDUP ATAU BUKAN HIDUP)
EKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UPSI



Sunday 4 December 2011

Rancangan Pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH                         : 25 OKTOBER 2011
MASA                             : 8.15 PAGI-9.15 PAGI
KELAS                           : 1 CENDEKIAWAN
BIL. MURID                   : 25 ORANG
MATA PELAJARAN    : SAINS
TAJUK                           : HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?

PENGENALAN
Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup. Murid-murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.

Standard:
Sains Hayat
1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup.

Standard pembelajaran:
1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan.


Sumber:
1. Kad gambar
2. Kad imbasan – benda hidup, benda bukan hidup.
3. Lembaran Kerja1 - Penilaian
4. Lembaran kerja 2 - Penilaian
5. Lembaran kerja 3 - Pemulihan
6. Lembaran kerja 4 - Pemulihan
7. Lembaran kerja 5 - Pengayaan
8. Lembaran kerja 6 - Pengayaan

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1
·         Guru membimbing murid menamakan semua benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (luar bilik darjah)
1.1  Menama dan menyenaraikan benda-benda yang terdapat di kawasan     
kajian.
            1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian mereka.
AKTIVITI 2
·         Kembali ke bilik darjah
2.1       Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup dan 2 contoh  
               gambar benda bukan hidup di dalam ruangan yang disediakan pada
             papan tulis. (Guru belum memperkenalkan/menyebut benda hidup dan benda bukan hidup)
     2.2     Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang  
                disediakan itu.Guru membimbing murid sambil menanya
i. Kenapa saya kumpulkan gambar – gambar ini?
ii. Apakah persamaan antara gambar- gambar ini?
iii. Apakah perbezaan antara gambar- gambar ini?
2.3       Murid menerangkan kenapa lakaran mereka ditempatkan di dalam ruangan tersebut. Hidup Atau Bukan Hidup?
2.4       Pembetulan/pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan.
(Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)

AKTIVITI 3
·         Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan  kad imbasan.
3.1       Murid menampal kad imbasan ke ruangan pengelasan yang telah
           dibuat.
AKTIVITI 4

·         Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup
4.1       Guru membekalkan kotak/sampul yang mengandungi gambar/model kepada kumpulan murid.
4.2       Murid mengelaskan gambar-gambar mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.
4.3       Pembentangan hasil kerja kumpulan.

Penilaian:
Menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.

Aktiviti Pemulihan:
Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaian.Murid menyiapkan lembaran kerja 3 dan 4.

Aktiviti Pengayaan:
Murid menyiapkan lembaran kerja 5 dan 6.